Monday, 5 March 2012

Taman Botani Batu Pahat, Johor.

kriiiiuukk~  Kali ni DBK menggunakan mood kesan bunyi notification dari perut, ketika update.. itu brmaksud perut sudah lapo (dialek dlm pertuturan masyarakat johor).


ok ok ok... sebelum DBK memburu makanan di dapur, Dbk mahu berkongsi sedikit berkenaan dgn lokasi yg DBK rasa ianya boleh di jadikan lokasi bersantai bagi sesiapa yg pencinta alam.  Tahun 2012 ni genap umur DBK memasuki era 20-an...


...Dbk tidak pernah di kejutkan dgn kewujudan(lokasi) di Taman Botani ini.  Tidak sangka di Batu Pahat mempunyai Taman botani yang boleh di katakan indah. DBK sangat teruja bila sampai di sini pada waktu pagi. pemandangan yg luas menghijau (maha suci Allah). ketenangan jiwa di peroleh bila di sambut dgn zikir di dalam hati kita. DBK kagum dgn usaha dari pihak yg membina Taman Botani ini. Tahniah di ucapkan kpd Jabatan Landskap Negeri Johor.

DBK diberitahu oleh makcik di kampung, berkenaan Taman Botani ini. Sebelum ni DBK langsung tidak menduga..di batu pahat mempunyai Taman Botani, sehingga lah di maklumkan oleh makcik ketika DBK mahu mencari lokasi (mempunyai kehijauan ciptaan yg maha esa) ini. ok.. ada sedikit yg DBK mampu berkongsi serba-sedikit berkenaan dgn tasik di kawasan taman botani , DBK di beritahu oleh penduduk di sekitar taman botani tersebut, tasik yg terdapat itu adalah bekas lombong.. sewaktu kerja2 lombong di jalankan.. sesiapa yang melihat kedalam lombong tersebut..kita dapat melihat sebuah lori pasir seperti sebuah kotak mancis. waaa... dalam berapa KM tu? (hehehe..) .

insyaALLAH... marilah ke sana.




 ohh.. hampir terlupa, bagi yang mempunyai hobi menanam bunga Orkid. Disana juga terdapat kawasan penanaman bunga Orkid.
untuk dijual atau tidak, itu DBK x pasti.. anda sendiri lah tanya hehe

p:s /  DBK sebeno nye malu nak tanye soalan2 berkenaan dgn bunga ni  :)

2 comments: