Friday, 9 March 2012

Pantai Minyak Beku, Batu Pahat.


tang tang ktang~  DBK menggunakan mood kesan bunyi dari hentakkan senduk dan kuali yg muncul dari warong depan rumah DBK. ketika nak update tulah, suasana berikut timbul memecahkan hening malam (chewaaah~) . ok.. Kali ni DBK nak kongsi sedikit berkenaan dgn lokasi2 bersantai yg terdapat di sekitar Batu Pahat.

Perjalanan untuk ke lokasi/destinasi ini, memakan masa lebih kurang 50 minit dari tol Ayer Hitam(selatan) , kiraan masa ni di anggar dari perjalanan DBK sendiri.. sebab guna v6 shj. x laju pun.
DBK pergi dalam sekitar jam 5:00 ptg hingga 6:45 ptg. Sebenar nye.. bila setiap org mendengar perkataan "pantai" , imiginasi yg paling popular akan keluar di fikiran pasti berkenaan dgn mandi-manda. :)  ye.. tetapi di Pantai Minyak Beku ni sebalik nye.. knp? ... ok ini sedikit bahagian gambar2 yg sempat DBK nak upload kan. seterus nye DBK akan kongsi serba sedikit berkenaan dgn Lokasi tersebut.  :)











Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda, tapi kalau nak mandi, mandi jelah.. tiada sebarang halangan. Ia amat sesuai untuk aktiviti memancing(pancing ikan, bukan manita) dan menikmati udara pantainya yang segar, dan harus di ingatkan.. sesiapa yg menggunakan rambut palsu, di harap dpt berjaga2 dari di aibkan oleh angin yg bertiup kencang di sini (sekitar tengah hari hingga selepas jam 6:00 ptg) haha.. jaga-jaga.

Di pantai ini juga terdapatnya penempatan nelayan laut yang menangkap ikan secara kecil-kecilan menggunakan sampan atau bot,. Air lautnya yang kehijauan & ketika matahari hampir terbenam merupakan satu fenomena alam(Allah maha besar) begitu indah untuk DBK nikmati ketika berkunjung ke sana, ini semua nikmat ALLAH yg mmberi pandangan yg indah dari ciptaan nye. ALLAHU RABBI.. DBK dan juga abang kandung di batu pahat juga membawa anak-anak (anak abg, DBK xda anak lagi) ke sana untuk aktiviti yg semampu nye kami buat, KECUALI aktiviti seperti sukan-neka. (haha..)

Keadaanya telah dimajukan Oleh Jabatan Landskap Negeri Johor dan telah di indahkan landskap dan kemudahan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sana. Dan terdapat Penempatan perkampungan nelayan asli yang berhampiran dengan muara sungai Batu Pahat dan Pantai Minyak Beku.

p;s/ cuba kita nikmati keindahan alam semula jadi yg diciptakan oleh Allah maha besar. Renungan keindahan alam dgn mengaggungkan kebesaran NYA lebih manis dan terasa nikmat nye. Allah..  :)

4 comments:

  1. Replies
    1. cik PBM pun apa kurangnye kalau di maksudkan cantik itu berkenaan dgn rupa paras DBK . (...gurauan) :)

      Delete
    2. DBK bukan takat cantikk jer...CUN, Gojessssssss u olsssssssss~

      Delete
    3. terimalah kasih. semua itu ilham pemberian ilahi.

      Delete